Thursday, June 20, 2013


Salam sejahtera

Nabi Muhammad Rasul terakhir
Pesuruh Allah membawa Al-Quran
menyebar syariat dan ajaran
tiada batas ruang sempadan
memancar cahaya ke pelusuk alam
membawa berita khabar gembira
ada petunjuk, peringatan dan amaran
untuk umat manusia akhir zaman
ada yang menentang menghina
sunnah Nabi saw. ditinggalkan

Hanya yang patuh dan beriman
mahu berbuat bakti kebajikan
dalam sembunyi mahupun terang
pada siang dan pada malam
hidup dalam syariat Islam
pasti mendapat rahmat berpanjangan
dalam dunia pancaroba ujian
menuju akhirat kekal abadi
kau wariskan Al-Quran agung mulia
kau wasiatkan Sunnahmu untuk bersetia
salam sejahtera atas mu, Ya Raulullah saw.

Kelana Putra
Taman Bijaya Sura, Dungun,
Khamis 24.1.2013
12 Rabiul-awal 1434.

 

No comments:

Post a Comment