Friday, June 28, 2013

SIBUK


Semua orang jadi sibuk
sibuk siang sibuk malam
sibuknya macam-macam
kerja dunia tiada henti
cari makan tambah rezeki
kumpul wang harta benda
memadu kasih main asmara
berhibur gelak tawa
keliling pusing dunia
berangan panjang
harapan berjela-jela
duduk bangun tidur jaga
bergelut tawan isi dunia
gamat gawat tiap ketika
dihanyut bisikan godaan

Begitupun jua
di sana nanti akan lebih
sibuk tak henti-henti
urus nasib sendiri
tiada kesempatan jua
toleh kanan toleh kiri
tanya khabar ibu ayah
isteri dan anak pinak
tak daya ambil peduli lagi
terlalu sibuk dan disibukkan
jalani hidup alam abadi.

 
Kelana Putra
Mahligai Cinta
Tasik Puteri
Bukit Besi, Dungun
Khamis 14.12.2012.

29 Muharam1434

 

No comments:

Post a Comment