Monday, June 24, 2013

TITISAN TINTA - HATI YANG MATI

DOA TIDAK ALLAH PERKENANKAN DISEBABKAN OLEH SEPULUH PERKARA
Ibrahim Adham pernah ditanya tentang maksud firman Allah swt. “Mintalah kepada-Ku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu”. Orang-orang yang bertanya itu berkata: “Kami tetap berdoa, tetapi tidak pernah diperkenankan permintaan kami”. Lalu beliau berkata, dengan maksudnya: “Telah mati hati kamu disebabkan oleh 10 perkara;
1.Kamu sudah mengenal dengan ALLAH, tetapi tidak mahu MENUNAIKAN .
2. Kamu telah membaca AL-QURAN, tetapi tidak mahu MENGAMALKAN ISInya.
3.Kamu mengatakan IBLIS musuhmu, tapi kamu mahu MENURUTI AJAKANnya.
4. Kamu mengatakan cinta kepada RASUL, tapi kamu TINGGALKAN HADIS dan SUNNAHnya.
 
5.Kamu mengatakan cinta pada SYURGA, tetapi kamu tidak mahu BERAMAL untuk mendapatkanya.
6. Kamu mengatakan takut kepada NERAKA, tetapi kamu tidak pernah berhenti dari MELAKUKAN DOSA.
7.Kamu mengatakan KEMATIAN pasti terjadi, sedangkan kamu tidak pernah BERSIAP-SIAP untuknya.
8.Kamu sibuk memperkatakan AIB dan CELA orang lain, tetapi MEMBIARKAN AIB dirimu sendiri.
9.Kamu memakan REZEKI dari Allah, tetapi tidak mahu BERSYUKUR kepadaNya.
10. Kamu sentisasa nenguburkan orang-orang MATI di kalangan kamu, tetapi tidak mahu MENGAMBIL IKTIBAR .
 

No comments:

Post a Comment