Thursday, June 13, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 312

KEBENARAN DATANGNYA DARI TUHAN DAN ORANG-ORANG YANG ZALIM
 
29. Dan Katakanlah (wahai Muhammad); “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah ia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang. (AL-KAHFI; 29)

No comments:

Post a Comment