Friday, June 7, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 305

TUHAN BERKUASA MENGHIDUPKAN KEMBALI

36. Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan untuk menerima balasan)? 37. Bukankan ia berasal dari air mani yang dipancutkan (ke dalam rahim)? 38. Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadian (sebagai manusia)?. 39. Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis-lelaki dan perempuan. 40. Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu-tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)! (AL-QIAAMAH: 36-40)

No comments:

Post a Comment