Sunday, June 2, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 302

APAKAH ERTI KEHIDUPAN DUNIA?

20. Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba memperbanyakkan harta benda dan anak pinak; (semua itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (AL-HADID:20)

1 comment:

  1. Kehidupan dunia pasti akan tiba pada penamat atau penghujungnya. Segala apa yang manusia suka lakukan itu hanyalah permainan dan hiburan yang semuanya adalah melalaikan dan merugikan diri sendiri kerana ia boleh menyebabkan manusia terpedaya dan melupakan hari akhirat

    ReplyDelete