Thursday, February 2, 2012

al - Hidayah - 1

PEMUDA YANG MENJUAL DIRINYA – Siri 1
“Pada suatu hari ketika kami di majlis, dan telah bersiap-siap untuk pergi berjihad, dan telah saya perintahkan pada kawan-kawanku untuk siap keluar pada hari Isnin, lalu ada di antara kami seorang yang membaca ayat (maksudnya seperti berikut):
“Sungguh Allah telah membeli dari kaum mukminin jiwa dan harta mereka, dengan dibayar syurga” (At-Taubah: 111).
Tiba-tiba ada pemuda berusia 15 tahun, yang baru ditinggal mati oleh ayahnya, dan telah menerima harta waris yang sangat banyak.
Dia berkata: “Ya Abdul Wahid, Sungguh Allah membeli dari kaum mukminin jiwa dan harta mereka, akan dibayar dengan syurga?”
Jawabku: “Ya, benar hai kesayanganku”.
Lalu ia berkata: “Ya Abdul Wahid, saya persaksikan padamu bahawa aku telah menjual diri dan hartaku untuk mendapat syurga”.
Maka saya katakan kepadanya: “Sesungguhnya tajam pedang itu berat untuk dihadapi, dan engkau masih anak-anak, dan saya khuatir kalau-kalau kamu tidak tabah, tidak sabar sehingga tidak kuat melanjutkan penjualan itu”.
Jawabnya: “Hai Abdul Wahid. Saya menjual diri pada Allah untuk mendapat syurga lalu lemah? Saya persaksikan kepadamu sekali lagi bahawa aku telah menjual diriku pada Allah”.
Maka kerana itulah kami berasa, anak kecil dapat berbuat demikian sedang kami tidak. Maka pemuda itu segera menyedekahkan semua hartanya kecuali kuda dan pedangnya, dan sekadar harta untuk bekalnya.
Dan ketika telah tiba masa kerangkatan rombongan, maka dialah yang pertama-tama yang tiba dan..
Dia mengucap; “Assalamu alaika ya Abdul Wahid”.
Jawabku: “Waalaikumsalam warahmat Allah warabakatuh, semoga Allah memberikan keuntungan dalam jualanmu”.
Kemudian ketika dalam perjalanan, maka pemuda itu selalu puasa di waktu siang dan bangun sembahayang dan menjaga kami di waktu malam, dan melayani keperluan-keperluan kami di waktu siang, bahkan ia merangkap memelihara ternak kami sehingga sampailah kita ke perbatasan negeri Rom.
Tiba-tiba pada suatu hari ia datang tergesa-gesa sambil
Dia berseru: “Alangkah rinduku kepada al-Ainaa al-Mardhiyah”.
Sehingga ramai orang menyangka ia terganggu saraf ingatannya.
Maka aku sambut ia; “Wahai kesayanganku, apakah itu al-Ainaa’al mardhiyah?”
Jawabnya:”Saya tadi tertidur sebentar, tiba-tiba saya mimpi ada orang datang kepadaku dan berkata:
“Mari aku bawakan engkau kepada al-Ainaa al-Mardhiyah, lalu di bawa kesuatu kebun di tepi sungai yang airnya jernih segar dan di sana ramai gadis-gadis cantik yang lengkap dengan perhiasan yang tidak dapat aku menggambarkannya dan ketika mereka melihat padaku, mereka gembira.
Dan mereka berkata: “Itulah suami al-Ainaa al-Mardhiyah”.
Maka saya ucapkan: “Assalamu alaikunna, apakah di sini tempat al-Ainaa al-mardhiyah?”
(bersambung…..dalam siri kedua)

1 comment:

  1. Siapakah pemuda ini dan al-Ainaa al-Mardhiyah isterinya itu? Apakah anda juga seperti saya yang sangat rindu untuk berkenal mesra dengan mereka di sana nanti di suatu hari di syurga Adn atau Firdausi. Tapi semua ini hanya suatu cita-cita yang memelukan pengorbanan jiwaraga di jalan Allah hanya untuk Allah swt jua...insyaallah

    ReplyDelete