Tuesday, February 14, 2012

RENUNAN AL-QURAN 52

BILA DIHASUT OLEH SYAITAN
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Al-A'Raaf: 200)
"Sesunggunya orang-orang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)" (Al-A'raaf: 201)
”Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan,  kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan pebuatan yang sesat lagi menyesatkan itu” (Al-A'raaf: 202)
Ayat-ayat di atas mengandungi peringatan dan petunjuk Allah kepada manusia mengenai hasutan syaitan dan perlindungan bagi menghadapinya. Antara maksud utama dalam firman Allah dari ayat-ayat ini ialah:
Pertama, seseorang itu diseru supaya meminta perlindungan daripada Allah swt. apabila ia dihasut oleh syaitan kerana Allah sahaja yang dapat memberi pertolongan dari bencana tersebut.
Kedua, orang-orang bertaqwa (beriman dan beramal soleh) pasti merujuk kepada ajaran-ajaran Allah bila mereka di sentuh oleh seesuatu imbasan (pemikiran dan perasaan hati) yang berupa hasutan syaitan. Imbasan-imbasan ini pastinya mengajak dan mendorong manusia untuk kepada melakukan apa sahaja perbuatan yang hina, keji, mungkar dan sesat yang ditegah oleh Allah swt.
Ketiga, syaitan-syaitan menjadikan manusia tertentu sebagai sahabat-sahabatnya. Mereka mengajak dan memperdayakan orang-orang ini dengan berbagai tipu helah dan muslihat agar akhirnya orang-orang ini sentiasa bergelumang dalam pelbagai amalan buruk, keji, engkar dan sesat serta menyesatkan.
Iblis (bapak syaitan-syaitan) itu mendapat murka dan dilaknati Allah, iaitu apabila ia enggan bersujud kepada Adam dan seterusnya telah berjaya memperdayakan Nabi a.s. dan isterinya Hawa di dalam syurga. Kemudiannya Allah memerintahkan Adam dan Hawa turun dari syurga dan menjalani kehidupan di muka bumi. Bahkan Allah telah memberi peringatan kepada semua manusia (Bani Adam) bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi umat manusia sehinggalah hari kiamat.
Sekian, was’salam!

No comments:

Post a Comment