BERDUSTA TERHADAP ALLAH
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat kedustaan terhadap Allah atau orang yang berkata: “Telah dberi wahyu kepadaku”, padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya, dan orang yang berkata: “Aku akan meurunkan seperti apa yang diturunkan Allah”. Dan (sungguh ngeri) ketika orang-orang yang zalim itu di dalam penderitaan “sakratul-maut” (ketika hendak putus nyawa), Sedang Malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata dengan menengking dan mengejek): “Keluarlah nyawa kamu” (dari tubuh kamu sendiri), pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan oleh apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya”(Al-An’aam: 93)
“Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka) dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat)" (Al-An'aam; 94)
Firman Allah swt. dalam ayat-ayat di atas menceritakan perihal orang-orang yang berkata dusta terhadap Allah dan ayat-ayat Allah. Orang-orang ini merupakan orang-orang yang paling zalim, keji, hina dan akan mendapat azab seksa Allah. Salah satu perkara yang amat ngeri atau dahsyat ialah ketika mereka menderita menghadapi “sakratul-maut” iaitu ketika nyawa akan bercerai dari badannya. Pada ketika ini malaikat-malaikat maut memukul dan menyeksa sambil menengking dengan kerasnya.
Orang-orang yang berdusta kepada Allah dan ayat-ayatNya dengan kesombongan dan ketakburan pasti akan di kembalikan kepada Allah pada hari kiamat. Mereka datang kepada Allah secara bersendirian dan tidak ada lagi sebarang penolong yang semasa hidup di dunia dahulu mereka persekutukan dengan Allah. Mereka meninggalkan semua apa yang mereka perolehi sebagai kurnia Allah dan hilang lenyaplah segala apa yang dahulunya mereka anggap dan sifatkan sebagai berfaedah dan bermanfaat.
Sekian, was'salam!
No comments:
Post a Comment