Abul Laits meriwayatkan dengan
sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Di masa dahulu ada tiga orang
yang sedang berjalan-jalan di atas muka bumi, tiba-tiba hujan turun, maka mereka
masuk ke dalam gua di bawah bukit, dan ketika berada di sana tiba-tiba jatuh
batu besar dari atas bukit langsung menutupi pintu gua itu, sehingga mereka
berkata: “Hilang bekas dan putus berita, dan kini tidak ada lagi bagi kami
pelindung kecuali Allah dan amal soleh yang dahulu kami telah berbuat, semoga
dengan itu Allah menghindarkan kami dari bencana bahaya ini”.
Maka berkatalah orang yang pertama:
“Ya Allah: Engkau mengetahui bahawa
aku mempunyai sepupu puteri amiku yang cantik, yang telah menawan hatiku, dan
kerana itu saya pujuk untuk berbuat lacur, tetapi ia menolak, sehingga ia
menderita kelaparan, maka ia datang meminta tolong kepadaku, maka aku tolak
permintaannya kecuali jika ia mahu menyerah kepadaku, pada mulanya ia menolak,
tetapi keadaannya sangat susah, maka ia menyerah padaku.
Di lain riwayat: “Bahawa suaminya
sakit, sedang ia mempunyai anak-anak yang masih keil dan sedang ditimpa oleh
kekurangan makanan, maka ia datang kepadaku meminta tolong, tetapi saya tolak kecuali
jika ia mahu menyerahkan dirinya kepadaku, pada pertama, kedua dan ketiga ia
menolak, tetapi akhirnya ia menyerah kepadaku dan berkata: “Terserah padamu”.
Maka ketika saya telah berada di atas
dadanya, sebagaimana biasa seorang lelaki di atas isterinya, tiba-tiba ia
gementar dan berkata: “Tidak halal bagimu membuka tutup kecuali dengan hak. (Di
riwayat yang lain: “Bertawakallah kepada Allah, dan jangan engkau buka
tutup-tutup ini kecuali dengan hak”
Maka sekitika itu saya tinggalkan,
dan saya beri padanya apa yang ia perlukan, "Ya Allah, jika saya berbuat itu benar-benar
kerana mengharap redhaMu, Maka hindarlah kami dari bahaya ini”. Maka seketika
itu batu itu bergerak sedikit longgar tetapi belum dapat keluar daripadanya.
Maka berdoalah orang yang kedua ……
(bersambung dalam siri seterusnya..insyaallah)
No comments:
Post a Comment