CAHAYA ALLAH
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
“Allah (Pemberi) cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar (misykaat), Pelita itu di dalam kaca, dan kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperi mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahayaNya sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (An-Nuur: 35)
Dalam ayat di atas Allah memberi peringatan dan petunjukNya mengenai Nur Allah atau Cahaya Allah. Ada beberapa perkara utama yang patut sekali kita pelajari dan kalau dapat meneliti dan mendalaminya dengan merujuk kepada ayat-ayatNya di dalam Al-Quran dan hadis Nabi saw.
1. Allah ialah Pemberi cahaya kepada langit dan bumi.
2. Cahaya Allah diumpamakan sebagai sebuah lubang yang tidak dapat ditembusi.
3. Cahaya itu diumpamakan sebagai sebuah pelita besar (misykaat) yang sentiasa menyala dan bersinar walaupun tak di sentuh api.
4. Cahaya Allah adalah berlapis-lapis, dinyatakan sebagai cahaya di atas cahaya.
5. Allah membimbing manusia kepada cahayaNya.
6. Allahlah yang memilih sesiapa yang Dia kehendaki untuk memperolehi bimbingan kepada cahayaaNya.
No comments:
Post a Comment