7 PERKARA YANG MENGHAIRANKAN
Pernah diriwayatkan bahawa Usman r.a. telah mentafsir ayat Allah yang maksudnya; “Dan di bawah rumahnya ada harta simpanan milik keduanya. Dan bapa keduanya adalah orang yang soleh”. Beliau berkata: “Bahawa yang dimaksudkan dengan “Harta Simpanan” dalam ayat ini ialah “Sekeping Emas” dan padanya ada tertulis tujuh kalimat:
1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati , tetapi masih ketawa.
2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tapi masih melakukan dosa.
6. Aku hairan meihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
No comments:
Post a Comment