Nabi saw.
bersabda dengan ertinya:
“Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana yang demikian itu
akan mengurangkan seseoang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam
urusan dunia”
“Cukup mati itu menjadi penasihat (menginsafkan)”
“Mati ini bagaikan kenderaan seseorang mukmin” (Almautu
rahitul mukmin) Ibn Mas’ud r.a. berkata Nabi saw. ditanya:
“Siapakah mukmin yang utama? Jawab Nabi saw. : Yang terbaik
budi akhlaknya. Dan mukmin manakah yang terkaya? Yang banyak ingat mati dan
baik persediaannya”
Sebagai satu kesimpulan ringkas, sama-samalah kita
sedari dan hayati akan erti dan hakikat kematian yang sebenarnya. Sesungguhnya kehidupan manusia itu adalah dari tingkat demi
tingkat, dari alam arwah (roh), memasuki alam rahim dan seterusnya menjalani
hidup di alam dunia, kemudian menghadapi maut dan bersemadi di alam barzahk,
hingga tiba hari kebangkitan semua (dari kubur) menuju alam akhirat yang kekal
abadi. Setiap diri, dengan berbekalkan iman, ilmu dan amal masing-masing pasti melalui
perjalanan hidup yang panjang ini, samaada dalam derita azab kepayahan mahupun dalam bahagia nikmat kesejahteraan .
Apakah kesudahannya nanti setiap diri kita di sisi Allah?
Sekian, was’salam!
No comments:
Post a Comment