KHUTBAH BAGINDA RASULULLAH saw.
Sebagai orang Islam – mukmin yang sebenar-benarnya kita semua wajib besyukur ke Hadrat Allah swt. kerana telah dilimpahkan dengan bermacam-macam nikmat terutama sekali nikmat iman, nikmat Islam, nikmat ilmu, nikmat usia, nikmat kesihatan, rezeki dan pelbagai nikmat hidup lain yang tidak terhitung nilai dan banyaknya. Semuanya ini tidak sekali-kali kita mampu menidakkannya dan membayarnya dengan emas perak atau apa jua sekalipuj yang kita miliki di dunia ini. Syukur Alhamdulillah!
Selawat dan salam kita tujukan kepada Baginda saw. kerana menegakkan agama Allah (Islam) sebagai jalan yang benar dan lurus yang terus kita ikuti dan taati. Juga kepada semua para sahabat, kaum keluarga dan seluruh kaum muslimin dan muslimat samaada kepada yang hidup ataupun yang telah kembali kerahmatullah. Semoga kita semuanya berada di bawah perlindungan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin!
Baginda Rasulullah saw. pada suatu hari telah membaca khutbah dari waktu asar hingga terbenamnya matahari. Khutbah ini berupa wasiat, nasihat, peringatan dan pesanan untuk seluruh umat manusia akhir zaman. Peristiwa penting ini telah berlaku lebih dari 1370 tahun yang lalu sebelum Baginda SAW. wafat pada 12 Rabi’ul awwal tahun 11H bersamaan 8 Julai 632M.
Telah diriwayatkan oleh Abul Laits Assamarqandi dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata; Rasullululah SAW berkhutbah sejak waktu asar hingga terbenam matahari, diingati oleh orang-orang yang ingat dan dilupakan oleh orang-orang yang lupa, dan di antara kalimat yang Baginda saw. sabdakan ialah:
“Ingatlah bahawa dunia ini hijau molek dan manis, dan Allah akan menyerahkan kepadamu sebagai khalifah, maka Allah akan melihat bagaimana perbuatanmu."
"Ingatlah, berhati-hatilah kamu dari pengaruh dunia dan hati-hati juga dari pengaruh wanita."
"Ingatlah bahawa Bani Adam dijadikan bertingkat-tingkat, ada yang lahir mukmin, dan hidup mukmin hingga mati mukmin, dan ada yang lahir mukmin dan hidup mukmin dan mati kafir, dan ada yang lahir kafir, dan hidup kafir, dan mati mukmin."
"Ingatlah bahawa marah itu berupa api yang nyala dalam kalbu (hati) anak Adam, tidaklah kamu melihat matanya yang merah dan tegang semua uratnya, maka siapa merasa yang demikian hendaklah ke tanah (yakni duduk atau berbaring)."
"Ingatlah sebaik-baik orang yang lambat marah dan lekas rela, maka bila ia cepat marah, cepat rela, maka ia sama-sama."
"Ingatlah bahawa sebaik-baik pedagang, yang baik cara menerima, dan baik pula jika membayar, maka jika ia baik cara penerimaan dan jelek ketika membayarnya, maka ia sama-sama."
"Ingatlah sesungguhnya sejahat-jahat pedagang yang jelek cara menerima dan jelek cara mengembalikan, maka itu sama-sama."
"Ingatlah jangan ada orang di antara kamu kerana takut kepada sesama manusia sehingga tidak berkata benar terhadap apa-apa yang diketahui dan disaksikannya, sehingga bila teah sampai kemasa terbenamnya matahari, lalu ia berkata."
"Ingatlah sesungguhnya tiada tinggal umur dunia sejak masa yang lalu itu, melainkan sebagaimana tinggalnya matahari yang akan terbenam ini.”
Sekian semoga mutiara peninggalan Baginda Rasulullah saw. ini tetap memberikan sinar cahayanya kepada hati kita semua. Wassalam!
No comments:
Post a Comment