NASIHAT IMAM AL-GHAZALI r.a.
“Ketahuilah bahawasanya TIDUR itu seumpama MATI dan bangkit daripada tidur itu seumpama bangkit daripada KUBUR pada hari kiamat nanti. Siapa tahu barangkali ROHMU DICABUT oleh Allah Taala ketika engkau tidur pada satu malam. Oleh kerana itu BERSEDIALAH engkau untuk menemui Tuhanmu dengan engkau tidur dalam keadaan SUCI dan WASIATmu ada tersimpan di bawah bantalmu”.
“Hendaklah engkau tidur dalam keadaan BERTAUBAT kepada Allah daripada segala dosa dan MINTA AMPUN dari segala kesalahan dan dalam keadaan engkau berazam bahawa engkau tidak akan mengulangi lagi sebarang KEMAKSIATAN yang pernah engkau kerjakan dan berazamlah untuk membuat KEBAIKAN kepada seluruh orang Islam, jikalau Allah membangkitkan engkau pada BESOKnya”.
“Ketahuilah bahawa siang dan malam itu hanya DUA PULUH EMPAT JAM sahaja. Maka jangan engkau tidur pada waktu siang atau malam lebih daripada LAPAN JAM kerana jikalau engkau berumur ENAM PULUH TAHUN, maka memadalah engkau telah mensia-siakan daripada umur itu sebanyak DUA PULUH TAHUN iaitu satu pertiga daripada umurmu”.
“Dan BERAZAMlah ketika hendak tidur itu untuk engkau BANGKIT DI TENGAH MALAM atau sekurang-kurangnya diakhir malam SEBELUM WAKTU SUBUH kerana DUA RAKAAT ditengah malam itu merupakan suatu perbendaharaan daripada PERBENDAHARAAN KEBAIKAN”.
Dan janganlah engkau panjangkan ANGAN-AGNANmu nanti engkau akan merasa MALAS daripada berbuat IBADAT, bahkan hendaklah engkau fikirkan bahawa KEMATIANMU ITU ADALAH DEKAT SEKALI KEPADAMU.
Begitulah hendaknya engkau MENASIHATI DIRIMU setiap hari kerana jikalau engkau tidak mengandaikan mati itu dekat kepadamu, bahkan engkau mentakdirkan bahawa engkau mungkin akan hidup LIMA PULUH TAHUN LAGI, kemudian engkau mahu menyuruh dirimu BERBUAT TAAT, sudah pasti dirimu TIDAK AKAN PATUH kepadamu dan pasti DIA akan menolak nasihatmu dan merasa BERAT UNTUK MENGERJAKAN KETAATAN
Sama-samalah kita renungi dan fikirkan nasihat yang amat berguna ini, apakah kini kita mampu dan berjaya menasihati diri kita sendiri atau bagaimana? Sekian, Was'salam!
No comments:
Post a Comment