Friday, February 3, 2012

MUTIARA HADIS - 10

ORANG-ORANG YANG MENDAPT NAUNGAN ALLAH
Nabi saw. bersabda dengan ertinya:
“Tujuh macam orang yang akan dilingungi Allah pada hari kiamat pada saat yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah.
1.    Imam (pemimpin yang adil).
2.    Pemuda yang tumbuh dalam beribadat kepada Allah.
3.    Seseorang yang hatinya tergantung pada masjid, jika keluar sehingga kembali (yakni rajin menjaga solat jamaah).
4.    Dua orang saling menyinta (berkasih sayang) kerana Allah, baik ketika berkumpul atau berpisah.
5.   Seseorang yang ingat kepada Allah ketika sendirian, lalu mencurahkan air mata kerana takut kepada Allah.
6.   Seseorang yang bersedekah dirahsiakan sehigga yang dikirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh kanannya.
7.   Seseorang lelaki yang dipanggil oleh wanita yang cantik untuk berzina, lalu berkata; “Saya takut kepada Allah azzawajala”

No comments:

Post a Comment