10 FADILAT SOLAT
Nabi saw. bersabda; ”Solat
adalah tiang agama dan di dalamnya ada sepuluh macam (faedah);
1. Ia
adalah sebagai perhiasan wajah.
2. Ia adalah cahaya bagi
hati.
3. Ia adalah kesihatan bagi
badan.4. Ia merupakan tempat turunnya rahmat (Allah SWT.)
.
5. Ia sebagai kunci lagit.
6. Ia boleh memberatkan timbangan.
7. Ia adalah (penyebab) ridha Allah.
8. Ia sebagai bayaran (masuk) ke Syurga.
9. Ia merupakan dinding bagi api neraka.
10.Sesiapa yang telah
mendirikan solat, bererti dia telah menegakkan agama, dan sesiapa yang
meninggalkannya, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”. (Riwayat Abu
Hurairah ra.)
Solat adalah ibadah yang paling tinggi dan mulia di sisi Allah SWT kerana segala jin dan manusia itu diciptakan hanya dengan satu tujuan iaitu untuk menyembah dan beribadah kepada Tuhan Maha Esa. Solat adalah amal ibadah yang paling utama dan yang terawal di hisabkan pada hari akhirat kelak. Di sebalik solat terkandung pelbagai rahsia antara hambanya (manusia) dengan Allah Yang Maha Pencipta sehingga Nabi SAW. bersabda bahawa solat itu adalah tiang agama.
ReplyDelete