Thursday, August 29, 2013

Getaran Jiwa-Bahtera


Bahtera
950  tahun usianya
Nuh  merayu seru
kaum kerabat umat manusia
sembah Tuhan Yang Maha Esa
namun kecewa hampa
patung-patung bikinan
mereka  sembah puja
sesat ingkar durhaka
mereka  gelak  tawa
katakan dia sudah sasau gila
bina bahtera entah mahu ke mana
tiada banjir tiada gelombang
mereka sombong angkuh
mencabar  turun azab seksa
tiba saat ketikanya
ribut raksasa terjah melanda
gelombang mengunung ganang
gempur ranapkan semuanya
ditinggalah isteri dan anak durhaka
tidak ramai  mengikuti jejaknya
bersama  haiwan berpasang-pasang
dalam cemas takut bimbang
berlayarlah  dalam bahtera damai
berlabuh akhirnya  di Gunung Judi
bersambung   zuriat manusia
“Salam sejhtera ke atasmu Nabi Nuh a.s.”
Rahmat Allah Yang Maha Esa.

 
Kelana Putra
Kuala Terengganu,
Khamis 21 Feb. 2013.

 

 

1 comment:

  1. Alah SWT memberikab rahmat dan pertolongannya kepada Nabi Nuh a.s. bersama pengikutnya yang beriman. Mereka diselamatkan darpada gelombang dan banjir besar yang melanda dengan menaiki bahtera.

    ReplyDelete