Tuesday, August 27, 2013

Getaran Jiwa - Damai

DAMAI

Alam nyata  ini,
begitu indah permai,
mata-mata  merenung,
melirik dan menjeling,
getaran  jiwa  gelora,
menusuk menikam kalbu,
arakan awan di langit biru,
cenderawasih memadu kasih,
berlagu cinta rindu,
suria fajar dan  senjakala,
berhias mega-mega,
purnama menyuluh tabir gelita,
kerdipan bintang-bintang mendakap mesra,
kejora dan syakira senyum mesra,
samudera biru saujana pesona,
riang bersama belaian bayu,
gelombang asmaradana,
sesekali bertukar gila,
dan pulau-pulau begitu manja,
kicaun riang ria camar senja,
murai pagi riuh bernyanyi,
bunga-bunga kembang mekar,
cantik harum wangi,
gunung ganang belantara,
tasik dan sungai-sungai,
tampak biru dan hijau,
dingin sejuk menusuk rasa,
semuanya bergelak tawa
sugguh asyik damai.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu
Selasa 27 ogos 2013. 19 Syawal 1434.

 

 

 


Account Options

 

No comments:

Post a Comment