Thursday, August 22, 2013

Renungan Al-Quran 352


SYURGA ADN’

10. Wahai orangorang yg beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesustu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? 11. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul, serta kamu berjuany membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya.12.(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di dalam tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga AND. Itulah kemenangan yang besar. 13. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu PERTOLONGAN DARI ALLAH dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan SAMPAIKANLAH BERITA YANG MENGGEMBIRAKAN ITU kepada orang-orang yang beriman”. (As-Saff: 10-13)

No comments:

Post a Comment