Thursday, August 29, 2013

SOLAT (4)


KE ARAH KESEMPURNAAN SOLAT 4
MEMBACA AL-FATIHAH

Membaca surah al-Fatihah (Ummul al-Quran) dalam setiap rakaat solat adalah wajib. Antara sabda Nabi saw. mengenai perkara ini ialah;
1.”Tidak sempurna solat seseorang, apabila dia tidak membaca (surah) al-Fatihah”. (Hadis Riwayat Bukari dan Muslim, Sahih al-Bukhari 714 dan Sahih Muslim 595)

2. “Barang siapa yang mendirikan solat dan tidak membaca Ummul al-Quran (al-Fatihah, maka solatnya tidak sempurna”.  Rasulullah mengulangi ujaran tersebut sebanyak tiga kali.
Adalah amat penting bagi setiap orang berusaha membaca surah al-Fatihah dengan betul, tertib, ayat demi ayat sehingga selesai. Membaca surah al-Fatihah dengan memahami erti dan maksud setiap ayatnya akan memboleh tumpuan sepenuhnya dan meningkatkan kekhusyukan dalam solat.

3. Maksud surah al-Fatihah:                
1. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.
3. Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5.  Engkau-lah sahaja (Ya-Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau-lah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7.  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

 

No comments:

Post a Comment