Saturday, August 24, 2013

KESEMPURNAAN SOLAT

KE ARAH KESEMPURNAAN SOLAT - 1
TAKBIRATUL IHRAM
Takbiratul Ihram yang kadang-kadang juga disebut sebagai takbir Iftitah ialah lafaz Allahu Akhbar pada permulaan solat. Nabi saw. bersabda: “Anak kunci solat itu ialah bersuci, permulaannya ialah takbir dan penghabisannya ialah salam”.
Pada permulaan solat, seseorang itu diisyaratkan mengangkat kedua tangannya setentang dua bahu sebagai isyarat bahawa ia akan masuk terus ke dalam solatnya. Ia adalah isyarat selamat tinggal dunia, hubungan dengan dunia terputus dan diri hanya berhubung dengan Allah SWT semata-mata dengan tumpuan (perasaan dan pemikiran) kepada Allah Yang Maha Besar – menjadi lambang kepada kekhusyukan, ketulusan hati dan kehinaan diri hamba-Nya.

1 comment:

  1. Setiap mukmin perlu berusaha mengerjakan solat dengan sebaik-baiknya...menuju ke arah kesempurnaannya. Setiap perlakuan anggota dalam ibadah ini mestilah diikuti dengan niat yang ikhlas dan kehadziran hati....dan harus melupakan semuanya dengan hati yang terus menerus ingat dan merendahkan diri kepada Allah SWT. semata-mata. Namun ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memperolehi khusyu' di dalam solat kita.

    ReplyDelete